From Rasah with love!!!

16.11.2013. Jom kita mengantar orang kawen. Tak jauh pun kat Melang je.

Melang kat mane...kate ko. Kat Pilah la..mane lagi bai!... hehheheh...Ni kira from rasah with love la...Love la sangat pak lang kan. Ape pun TAHNIAH pak lang Muhammad Hanzalah finally. Bertemu jodoh yang Allah rencana kan untuk kita. 

Sebelum tu selfie adalah wajib oke cik dell!!! Eh...belog tuan tanah kan....wajib ade kate ko! Merah sangat lipstik tu cik dell. Eh..ade aku kesah. Duit aku. Suke hati aku nak pakai ape kan. Amik ko!.

While waiting pengantin siap tak sudah-sudah kita selfie pulak anak beranak. Lor suke hati kita la kan berapa banyak nak selfie oke..My princess aisyah dan aliyah....Sampai lelap-lelap mate kak ngah.


Gilos makan memang tak pandang kiri kanan. Lapar gile kot. Tak sempat nak breakfast. Kat rumah menyiapkan anak. Iron baju..sidai baju...sapu sampah...Opss.....ni cerita orang kawen ke?...

Anak dara sape yang sibuk sangat ni. Kak long cepat je besar. Silap-silap nanti ummi kene tinggal ni.

Pengantin dari kejauhan. Osah lapar betul pengantin kan. Tak pandang kiri kanan pun. Ha....ingat maintain ensem ngan cun ke jadi pengantin. Hahahahah....

Tradisi lama yang harus kita kekalkan. Selalu orang bagi telur besar-besar tapi yang ni comel-comel je...macam comel je...macam nak makan je. Tapi telur puyuh ni tinggi kolestrol la. So bagi anak-anak je makan. Me memang tak makan telur-telur gini kih3x....

Gambar taken by Farouk Alfero. Tenkiu pak ude.

#ootd Baju dan shawl dari Pritilulu. Inner dari najjah. #kids dari hush puppies.

Bonding

My little hero Muhammad Amsyar. Masa ni on the way nak pergi melawat anak buah baru pulak kat senaling. Mak ko memang suke amik gambar kan. So adik pun dah pandai nak senyum amik gambar. Bagus-bagus. 

Alhamdulillah was born on 11.11.2013 Muhammad Akid Irfan bin Zulfahmie. Sepasang suda anak adik ku ini. Budak kecik ni mentido je kerja eh. Lepas tu menyusu. Lepas tu tido balik.

Bile Amsyar dah pandai sayang baby. Tapi belum mintak baby lagi kan dik?....Hehhehehe

Dah ramai suda anak-anak buah ku. Masuk ni yang ke 7. So Mak ngah kene kerja kuat-kuat carik duit. Nanti nak bagi duit raya kan. LOL!

Alhamdulillah selesai suda untuk hari ini. Kenduri belah lelaki pulak bulan Desember nanti. Later kita update cerita kenduri belah lelaki pulak ok. Mokcik pun dah letih. Balik jalan jem. Ade lori terbalik pulak. Huh!..macam la drive kereta kan...kih3x...



Love,
ND








Selamat Pengantin Baru Hanz & Hidayah

Alhamdulillah. Perjalanan yang diberkati Allah. 15.11.2013. Termetrailah ikatan pernikahan antara Hanz dan Hidayah.

Me and all the family belah hubby on the way pergi mengantar my abang ipar menikah di Kuala Pilah. Syukur akhirnya berakhirlah zaman bujang untuk abang ipar ni. Dan bermula la tanggungjawab yang besar untuk memikul amanatNya.

Selfie me & kak long..:)


Sebagaimana engkau satukan Yusuf & Zulaika. Selamat pengantin baru untuk abang ipar ku Muhammad Hanzalah dan Siti Nur Hidayah.




Semoga ikatan ini diberkati. Semoga melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.



Semoga bahagia till jannah 'pak lang'. Alhamdulillah. Ppsstttt....cer tengok kaler baju kiteorang. Macam sama je..macam cantek je...macam janji je..kih3x...


Love,
ND



Preparation itu..

Hantaran untuk abag ipar yang bakal menamatkan zaman bujang. Tema hantaran purple + white. 

Semoga majlis akan berjalan lancar. Semoga gubahan hantaran yang tak seberapa hasil air tangan me ini memenuhi citarasa tuan badan oke.







Semoga bahagia ke akhir hayat. Aminnnn....



Love, 
ND




Welcome to the world...

Syukran... welcome to the world our little caliph (nephew) Muhammad Akid Irfan 11.11.2013 (Isnin).

Semoga jadi anak yang soleh. Aminn...



Love,
ND

Bola Jaring Vs Bola Sepak

Macam pelik je... macam tak pernah dengar je...

Ala tajuk je pun... saje-saje begitu..

Tournement anjuran Jabatan dan PKSK. Tournement ni antara jabatan, daerah, institusi dan PDK yang terlibat. Ramai jugak penyertaan. 

Venue program adalah di Kompleks Belia & Sukan, Paroi. Phewwww...memang rentung la kan. Dari pagi sampai ke petang. Boleh je main kat Centre Court yang tertutup tu. Team bola sepak nak main kat mane pulak kan. 

So senang sekali harung then penyampaian hadiah pun sekali harung jugak. Ni kira macam 3 in 1 jugak la.

Ni team bola jaring HQ. Team ni kami gelarkan girllicious!!! Last minit punye nama tu. Sebut betul-betul bukan gelicious oke..tapi GIRLLICIOUS...poyos!!!

Masa ni matahari memang sedang terik nak naik ni. Aduyaiiii....memang panas gilos..me kan puteri lilin kih3x...

Sesi bergambar dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah untuk kenang-kenangan.

Sebelum main kita sarap oke. Baju kami adalah disponser. Terima kasih la kepada tuan yang sponser tu eh!



Amacam teruja tak tengok hadiah-hadiah ni. Sangat banyak oke. Bola jaring kami dapat naib johan.Yeayyy oke la kan team bola sepak HQ pun dapat naib johan jugak.

Memang dari pagi ke petang la kat KOMBES ni. Muka sorang-sorang pun dh rentung. 

Pape pun well done sebab kami menang banyak hadiah.


Penutup tirai bagi tahun 2013 dengan aktiviti yang best!



Love, 
ND





Bowling Time...

Akibat malas nak update belog...so banyak bende yang me nak share oke. Bulan ni je banyak aktiviti yang well planned. Alhamdulillah.

Oke mula-mula nak story pasal tournement bowling opis hari tu. Tournement ni anjuran bersama PKSK - Persatuan Kelab Sukan Kebajikan JKM Negeri.

Syarat untuk satu team adalah 4 orang dua lelaki dan dua perempuan. Team me ade TP,CC dan jugak FT me... complete. So kami namakan team kami MSDZ~Mohamad, Shahrul, Dalina, Zahariah~ Target main pun memang nak menang kan kalau boleh. sebab ramai jugak yang kuat-kuat kot. Tapi tak de training bagai pun. Belasah je.

Buat tournement ni kat parkson yang dah berwajah baru tu. Tapi tempat main bowling bukan panas lagi. Aircond memang tak de. Fail management betul lah... bikin spoil mood je!

So mood nak main pun ke laut. Nasib la dua game je. Kot tak...nak ikutkan first game memasing memang tak jadi. Dengan panas lagi. Bikin hati pun panas oke.

Tapi semangat nak menang tu....hehhehe tak boleh blah kan.

3 serangkai. Sempat posing sebelum main ni. Tapi kami tak sama group.

Alhamdulillah kami menang jugak. Juara keseluruhan dengan jatuhan pin keseluruhan adalah 1066. Kih3x...tapi hadiah dapat esok oke. Sebab esok ada tournement bola jaring ngan bola sepak pulak. Tapi nak tanyang jugak hadiah untuk JUARA ni kan. Bikin panas oke. 



Tahniah MSDZ!!!


Love,
ND



After 6 years..

Alhamdulillah. 9.11.2007.

6 tahun kami mengharunginya. Semoga Allah memberkati dan merahmati perhubungan ini.

6 tahun bersama kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang menceriakan hari-hari mendatang.

Alhamdulillah.

Semoga kami dapat mendidik zuriat ini menjadi khalifah Allah yang soleh dan solehah.

6 tahun bersama masih banyak yang perlu kami pelajari dan harungi.  

6 tahun bersama semoga Allah memanjangkan usia kami untuk terus berbakti dan mendidik zuriat kami.

Alhamdulillah terima kasih Allah.


Love,
ND

Untuk orang kawen...


Borong barang untuk orang nak kawen. Nak buat hantaran. Theme purple + white. Buat sendiri aje. Even tak la cantik pun tapi biar puas hati kan..


Love,
ND

Celebration....

Yaeyyy ....super excited me nak celebrate birthday kak long kat school. Tapi bapaknye busy memanjang dan pemalu skit. So semuanya me yang uruskan.

Thank you along for the super sedap cake. Dalam die kek rainbow tau.

Me memang plan nak celebrate birthaday  kak long kat school memandangkan tahun ni tahun last die kat situ. Next year kite dah tukar school lain pulak demi masa depan..cewaahhh.....

Happy bile budak-budak ni excited jugak nak makan kek. Nasib Haikal datang. Hari tu Haikal demam. Nampak tak yang terselit dalam gamabr tu. Heheheh....Eh.. tetibe plak kan. Haikal ni me perasan  baik dengan kak long. Siap bawak masuk beg kak long hari tu. 

Masa pertandingan mewarna hari tu pun dok sebelah kak long. Aishhhh.... kawan-kawan boleh eh... korang baru 5 tahun je pun. Haikal 6 tahun. Kecik sangat nak cintan-cintan oke hahahha



Potong kek dengan cikgu je la. Sebab ummi busy amik gambar.


Yang pakai cekak biru tu kawan kak long sakinah. See ummi pun dah kenal kawan kak long oke.


Alhamdulillah baca doa before makan. 

Alhamdulillah settle program ngan kt long kat tadika. Kak long macam speechless sebab bawak kek kat school die makan ngan kawan-kawan.

Janji kak long happy kan!!!



Love,
ND