Shawl Habibi Alkenali

Cerita soppink lagi... suke tak suke tak. Kali ni kite bershawl dari habibi alkenali ok. Shawl Baby Dokhoh dari Habibi Alkenali.

Yang best siap ade free gift lagi. Jom serbu ramai-ramai. 

Dah rasmi kan pun. Senang bentuk...selesa. Yang penting cantik dan nampak mewah gitu...


Love,
ND

Cerita raya opis

Eh... tak abis lagi cerita raya cik dell ni...A'ah ni cerita raya kat opis plak anjuran Tabung Q jabatan. Nak cerita pun tak tau nak mula so layan gambar je la eh. Tahun ni mak buyung tolong sikit-sikit je. Yang banyak makan je lebih.












Alhamdullah semua berjalan lancar. Dari pagi sampai ke petang asik makan je. Lepas tu bergambar tak sudah-sudah. Apa yang penting happy.


Love,
ND


Sambung cerita syawal 2014

Welcome September. Good bye Ogos. Cewahhh macam tajuk filem pulak kan. Erm...baru nak sambung cerita pasal raya tahun ni padahal syawal pun dh seminggu berlalu.

Macam biasa raya pertama tahun ni di Melaka. Petang raya pertama dah balik ke rasah rumah my MIL pulak. Tak jauh pun. Dah nak masuk tahun ke-7 raya bersama macam tu lah rutin raya kami. Tahun ni raya ber-5 tahun depan ber-6 pulak.

Welfie mak buyung ngan anak dara no.2

Beraya rumah jiran sebelah. Ikut turn nak makan sebab ramai orang huhuhuu....

Raya pertama nan ado gambar satu family. Semua bersepah-sepah oke.

Esok plak kite beraya kat Serting Selalu kat kampung pulau kan. Sebab nenek kat umah maklong so beraye ke serting la kite. Elak jalan jem kat pilah ikut pulak jalan len. Nak patah pinggang mak buyung dalam kete.

Gambar ni je yang ade pun.

Kiteorang sampai lambat sebab gerak lambat. Petang sikit baru balik Seremban. Ponek kate ko.

Ni pulak gambar time beraye kat kampung pulau. Ntah raya ke berape pun dah tak ingat. Tu la lambat sangat upload cerita rayakan. Gambar budak yang bukan selalu balik kampung. Habis dirayaunye.

Makan-makan rumah wan ude. Memang macam tu lah tiap-tiap tahun. Bile dah makan nasi dah tak boleh nak masuk bende yang len dah. Padahal ade 2-3 buah rumah lagi nak pergi nak-nak pulak menu dieorang boleh same mee kari. Hahhahaha macam berjanji pulak kan. Ye la asik makan kuih raya je. Sesekali makan bende len plak.

Anak- anak sibuk main ngan mak-mak sedare dieorang yang baya pun same je. Makan mane done je main lagi penting.

Last belanje selfie gambar mak buyung la. Dah ponek berjalan+makan. Malam tido kepenatan. Nasib masih dalam mood bercuti lagi kan. itu je la cite raye tahun ni.



Love,
ND


Jom Like Reramai


Salam semua....

Cik dell nak mohon jasa baik shayang-shayang semua like gambar kat atas ok. Kalau pergi kat wall FB cik dell jom kite like ramai-ramai.

Ni first time cik dell join contest ni. Sape yang banyak like dapat hadiah. Teruja nak join. Contest by pritilulu aka lulu owner. 

Yang dah like tu thank you so much. Kalau menang rezeki baby k.

Tq korang-korang.

Love,
ND

Salam Syawal Kosong-Kosong

Assalammualaikum....

Salam lebaran syawal 1435H. Dah puas makan rendang ketupat ke. Lepas ni kene diet balik oke. 

Alhamdulillah lebaran untuk tahun ke-7 bersama suami dan anak-anak tercinta. Macam biasa seperti tahun-tahun yang lepas sambut di Melaka. Yang paling best ni kali ke-3 sambut dengan perut membuyung. Yang first dulu masa peknenkan kak long...lepas tu amsyar...lepas tu yang ni pulak...alhamdulillah rezeki...

Dikesempatan ni jugak masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk korang-korang pembaca blog ni. Eh..ade ke pembaca cik dell oiii...Ala...tak kisah la janji kosong-kosong oke.

Tahun ni beraya kite dengan tema purple oke. 


                                                                  Anak-anak dara me

Yang ni pulak anak bujang me yang nak masuk 3 tahun bulan Oktober ni.

Sakan beraya sampai gambar ber-5 pun tak de. Yang ade ni pun dah raya ke-3...


Baru la complete bergambar. Ni pun jenuh nak amik sebab budak-budak ni berlarian.

Ok dah tu untuk salam kosong-kosong cik dell ok.


Love,
ND