Admit!!!

Salam jumaat yang barakah. Apa khabar readers sekalian. Cewahhh banyak ke readers cik dell nih?

Lama jugak tak update belog oke. Macam-macam story nak share. Tapi kali ni nak share pasal kak long yang admit wad kat HTJ masa 1st Oktober hari tu.
Ni kira first time pengalaman me anak sendiri masuk wad. Memang tak best. 

Actually kak long batuk biasa je. A day before admit tu we all attend kenduri kat kampung. Maybe cuaca panas so banyak minum air sejuk.

Balik dah batuk-batuk. Monday pergi school macam biasa. Petang masa balik rumah tu dah start monyok je. Start menangis dah batuk tak boleh tido. So we decided bawak klinik 24 hours.

Kat klinik doktor bagi nab. Dua kali nab. Tapi doktor suggest bawak hospital. So bapaknye bawak jugak hospital. Me pulak balik rumah jaga kak ngah ngan amsyar.

Tapi tido tak lena dok tunggu laki call update pasal kak long. Memang kena admit la takut pape jadi.
Masa ni turn me pulak jaga kak long. Laki dah balik rumah turn tido plak. Masing-masing kepala dah ting tong tido tak berapa nak lena.
     

Kak long macam seronok je masuk wad. tapi petang dah bising nak balik sebab boring.

So doktor cakap paru-paru ada kuman. Kalo petang tak demam boleh balik. Me punye la berdoa die sihat. Tapi kak long ni sihat tak boleh plak duduk diam. Sebab die seorang yang aktif. Budak-budakkan. Lagi kite tegah lagi die buat.

Doktor kata bukan asthma. Alhamdulillah. Risau. Lendir tu yang blok..tu yang susah nak bernafas.
     
Finally budak dah penat ni tido sebab bosan. 

Alhamdulillah petang doktor dah bagi balik. Cuma bagi ubat batuk. 
      
Tunggu babah amik. Baru bangun tido. 

Lepas ni minum air sejuk kene kawal. Hope ni first and last la masuk wad. Sayang kak long sangat-sangat. Masa ni dah rindu kat adik-adik dah sebab bosan kan.

Note:
1- Tak boleh bela kucing
2- Tempat berhabuk tak boleh duduk
3- Air sejuk kalau boleh kene cegah
4- Makan pun kene pantang oke



Love, 
ND