Lama sangat menyepinye.....

Assalammualaikum.....
Entry di tahun baru 2014....huhuhuu....dah masuk Februari pun kan.....nape la malas sangat cik dell oiii nak mengupdate belog.

Tengok tajuk pun dah tau kan. Mood nak berstory mory tak de kekdahnye. So macam mane kan. Erm....Ok la nk cerita pasal kak long la...aka nur Aisyah Afrina. Now di tahun baru bersekolah baru. Tadika baru. Walau pun tadika kak long jauh sikit dari rumah dan ummi terpaksa berpatah balik nak pergi kerja...umi gagahkan jugak hantar kak long kan.


So kak long di tadika baru mula-mula je pemalu. Lama-lama suara die lah yang paling kedengaran. Tadika Adik Rajin. Ummi ngan babah harap sangat kak long serajin nama tadika tu heheheh....

So dah masuk bulan kedua di tahun baru ni nampak sangat ketara perubahan die. Dah pandai mengeja. Membaca pun ada perubahan. Mengaji jugak. Bab mengaji ni alhamdulillah ummi bersyukur betul sebab kak long terang hati ajar sekali dah dapat tangkap.


Dan sekarang dah mula rajin nak belajar. Kalau bab cikgu pesan suruh itu ini kalau tak buat takut betul. Nampak sangat muka risau nak pergi skoll .


Macam semalam dialog die:

Kak long : Kak long suke pergi skoll...

Me : Nape?

Kak long : Nanti kak long cepat pandai kan mi.

Me :Ye la kak long kan nak jadi doktor. Doktor kene pandai. Kalau kak long pandai adik-adik pun ikut pandai.

Alhamdulillah. Semoga die lebih bersemangat hari-hari nak pergi skoll.


Masa ni gambar mula-mula di sekolah baru. Mula-mula pemalu la kan. Tengok siap berstokin bagai. Masa ni tak dapat uniform lagi. Nanti kita amik gambar pakai uniform oke. Sekarang stokin pun ntah kemana. Boleh die cakap " teacher kate pakai selipar pun xpe"... hai....bertuah lah anak. 

Hari tu masa hantar kak long pergi skoll sempat jumpe teacher. Teacher cakap kak long ni pandai. Cepat belajar. Kalau buat aktiviti die yang excited lebih. Erm.....

Ummi ngan babah doakan yang terbaik untuk kak long.



Love,
ND.