Sambung cerita syawal 2014

Welcome September. Good bye Ogos. Cewahhh macam tajuk filem pulak kan. Erm...baru nak sambung cerita pasal raya tahun ni padahal syawal pun dh seminggu berlalu.

Macam biasa raya pertama tahun ni di Melaka. Petang raya pertama dah balik ke rasah rumah my MIL pulak. Tak jauh pun. Dah nak masuk tahun ke-7 raya bersama macam tu lah rutin raya kami. Tahun ni raya ber-5 tahun depan ber-6 pulak.

Welfie mak buyung ngan anak dara no.2

Beraya rumah jiran sebelah. Ikut turn nak makan sebab ramai orang huhuhuu....

Raya pertama nan ado gambar satu family. Semua bersepah-sepah oke.

Esok plak kite beraya kat Serting Selalu kat kampung pulau kan. Sebab nenek kat umah maklong so beraye ke serting la kite. Elak jalan jem kat pilah ikut pulak jalan len. Nak patah pinggang mak buyung dalam kete.

Gambar ni je yang ade pun.

Kiteorang sampai lambat sebab gerak lambat. Petang sikit baru balik Seremban. Ponek kate ko.

Ni pulak gambar time beraye kat kampung pulau. Ntah raya ke berape pun dah tak ingat. Tu la lambat sangat upload cerita rayakan. Gambar budak yang bukan selalu balik kampung. Habis dirayaunye.

Makan-makan rumah wan ude. Memang macam tu lah tiap-tiap tahun. Bile dah makan nasi dah tak boleh nak masuk bende yang len dah. Padahal ade 2-3 buah rumah lagi nak pergi nak-nak pulak menu dieorang boleh same mee kari. Hahhahaha macam berjanji pulak kan. Ye la asik makan kuih raya je. Sesekali makan bende len plak.

Anak- anak sibuk main ngan mak-mak sedare dieorang yang baya pun same je. Makan mane done je main lagi penting.

Last belanje selfie gambar mak buyung la. Dah ponek berjalan+makan. Malam tido kepenatan. Nasib masih dalam mood bercuti lagi kan. itu je la cite raye tahun ni.



Love,
ND


0 comments:

Post a Comment